KUALA LUMPUR – Umno dalam usaha melaksanakan ‘midterm review’ bagi mengkaji untung rugi dalam kerjasama BN-PH sepanjang dua tahun setengah pembentukan Kerajaan Madani.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mesyuarat MKT telah melantik Ketua Penerangan Umno Datuk Seri Azalina untuk menjadi pengerusi midterm review untuk menilai ‘apa yang Umno sudah dapat dan apa yang belum dapat termasuk pencapaian pertengahan penggal kerjasama BN-PH.
“Kerjasama BN-PH ini sebenarnya atas keputusan parti… kita masih kekal dengan Kerajaan BN-PH itu keputusan parti bukan keputusan peribadi.
“Maknanya, saya selaku ahli parti dan saya pimpinan parti kita mesti mengambil keputusan atas dasar parti kita, jadi setakat ini kita masih bersama BN-PH – maknanya untung rugi kita atas sebab tu.
“Zahid ada sebut dalam mesyuarat MKT laksana ‘mid-term review’ 2 tahun setengah punya kajian.
” Kita dah 2 tahun setengah (BN-PH) kita buat kajian sedikit lantik Azalina jadi pengerusi ‘midterm review’ nilai apa yang kita dah dapat, apa yang kita belum dapat dan pencapaian-pencapaian sepanjang ‘midterm review’, kata Pengerusi Umno Kedah itu dalam audio siar Jam Kesebelas.



