Ahli Parlimen Diminta Sumbang Peruntukan Untuk Uniform APM Mulai 2026 – Zahid

SHAH ALAM – Bermula tahun depan, semua ahli Parlimen akan diminta memperuntukkan sebahagian dana kawasan masing-masing untuk pembelian uniform Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, langkah tersebut akan memberi suntikan baharu kepada imej APM selain mendorong lebih ramai rakyat, khususnya generasi muda, untuk menyertai pasukan beruniform itu.

“Selain itu, warga kementerian juga digalakkan menyertai APM sebagai tanda sokongan. Pertahanan awam adalah benteng kedua selepas tentera dan polis dalam melindungi negara,” katanya selepas menghadiri Istiadat Pentauliahan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Ke-16 di UiTM, di sini pada Ahad, memetik Bernama.

Majlis itu turut diserikan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, manakala hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir serta Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed.

Seramai 918 pelajar universiti ditauliahkan pangkat Leftenan Muda Pertahanan Awam selepas menamatkan latihan Kor SISPA. Dalam pada itu, 24 pegawai kadet dipilih menerima Anugerah Terbaik, manakala seorang penerima dianugerahkan Piala Ketua Pesuruhjaya Perdana (Best Among The Best).

Ahmad Zahid berkata, latihan yang dijalankan oleh APM bukan sahaja melatih kemahiran menghadapi kecemasan, malah membina disiplin, ketahanan diri serta semangat patriotisme.

“Kerajaan yakin dengan penglibatan lebih ramai anggota baharu, APM akan lebih bersedia menghadapi cabaran termasuk banjir, kebakaran mahupun bencana alam yang lain,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat