Tangkap dan hukum puak perlekeh negara tak kira bangsa apa, parti politik dibelakangnya – Akmal

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh memberi amaran keras bahawa negara ini perlu dihormati bukannya diperlekehkan.

Beliau mendesak pihak berkuasa supaya menangkap dan mengenakan hukuman kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa mahupun siapa parti politik yang mempertahankannya.

“Sebelum ni kibarkan bendera Malaysia terbalik, kali ni nyanyikan lagu negaraku secara main-main pula. Dah buat dulu,baru minta maaf!

“Ini bukan soal bangsa apa mahupun parti politik mana, ini soal bagaimana seorang rakyat Malaysia adalah menjadi tanggungjawab utama untuk menghormati negara ini.

“Sebab itu kita mahukan satu hukuman yang berat kepada petualang sebegini. Kepada geng-geng bengap yang akan suka back up isu-isu sebegini tolong back up pula kes ni. Nak tengok alasan apa korang guna,mungkin akan guna alasan individu ni tiada otak seperti kamu pula,” selar Exco Melaka itu.

Tegas Adun Merlimau itu lagi, negara ini perlu dihormati,bukan diperlekehkan.

“Orang bukan nak perbesarkan isu,tetapi isu menghormati negara ini adalah itu yang paling besar

“Tangkap dan hukum tidak kira apa bangsa mahupun siapa parti politik yang back up dia. Bengap! tegas Akmal.

Terdahulu, Akmal Saleh menangguhkan ‘kelas memasang bendera’ terhadap individu yang me­ngibarkan bendera Malaysia secara terbalik di Pulau Pinang selepas polis menahan suspek.

Akmal berkata, tindakan tersebut diambil bagi memberi ruang kepada proses pendakwaan terhadap individu berkenaan.

“Namun, jika ada pihak lain yang berani mencabar selepas ini, kami sedia turun untuk mengajar sekali lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Akmal berkata, pihaknya turut mendesak pendakwa raya dan mahkamah menjatuhkan hukuman berat supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat, tanpa mengira bangsa atau latar belakang.

Beliau berpendapat hukuman sedia ada terlalu ringan dan menggesa undang-undang baharu digubal dengan me­netapkan hukuman lebih berat, termasuk penjara sehingga 10 tahun.

“Kalau hanya denda RM1,000 atau RM100, orang akan pandang sebelah mata. Hukuman mesti lebih berat supaya tiada sesiapa berani menghina kedaulatan negara kita,” tegasnya.

Individu berkenaan disiasat di bawah tiga peruntukan undang-undang iaitu Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Bagaimanapun, kenyataan Akmal yang mahu mengadakan kelas tersebut dilihat sebagai satu bentuk ancaman terhadap keharmonian dan keamanan negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat