KUALA LUMPUR – Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkongsi isi perbualan telefonnya bersama Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor berkait perlawanan bola sepak antara dua negeri berjiran itu.
“Saya ‘call’ Sanusi, Menteri Besar Kedah tak sat. Saja sembang tanya persiapan untuk perlawanan Liga A1 Semi-Pro untuk pasukan Kedah FA menentang Perlis GSA FC malam Sabtu ini, 2 Ogos 2025.
“Saya ajak dia mai tengok perlawanan bola di Perlis.
“Pasai lepas ni pi kedah dia boleh bantai saya. Kalau dia mai sini saya boleh bantai dia dulu. Atas padang bola la. Cara sembang kawan-kawan.
“Apa-apa pun, saya nak ajak semua rakyat Perlis turun ramai-ramai ke stadium malam Sabtu ni. Kita tunjuk sokongan padu untuk pasukan negeri kita, Perlis GSA FC! seru beliau.
Rata-rata komen pengikut Facebook beliau berseloroh Shukri seolah-olah meniru gaya kegemaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.



