KUALA LUMPUR – ‘Kehebatan’ Perikatan Nasional (PN) ialah ambil perkara yang telah dibuat kerajaan, mula bangkang, kemudian bangkang dalam bersetuju (setuju dengan idea, tapi sekarang bangkang sebab tidak cukup hebat).
Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli membidas tindakan wakil rakyat PN yang didakwanya mempraktikkan strategi yang ‘hebat’.
“Ahli Parlimen Rompin (Datuk Abdul Khalib Abdullah) baru habis berucap mengenai tenaga boleh baru (TBB). Banyak yang disuarakan telah digagaskan secara menyeluruh dalam NETR (National Energy Transition Roadmap) seawal 2023.
“Beliau mengkritik kerajaan kerana sepatutnya lebih giat menggalakkan eksport tenaga.
“Saya rasa YB Rompin tidak sedar, sebelum ini yang tidak bersetuju dengan bekalan tenaga rentas sempadan ni PN, di bawah (Datuk Seri) Takiyuddin dahulu.
“Saya dan Nik Nazmi bawa kertas jemaah menteri membenarkan bekalan elektrik rentas sempadan, selain keputusan lain untuk membolehkan “willing seller willing buyer” basis.
“Kehebatan PN ialah ambil perkara yang telah dibuat kerajaan, mula bangkang, kemudian bangkang dalam bersetuju (setuju dengan idea, tapi sekarang bangkang sebab tidak cukup hebat).
“Ini satu strategi hebat,” sindir bekas Menteri Ekonomi itu.



