Menduduki tanah secara tak sah dianggap peneroka haram – Johari Ghani

KUALA LUMPUR – Mana-mana individu yang menduduki atau menjalankan aktiviti di tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan tanpa kebenaran yang sah boleh dianggap sebagai peneroka haram.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, antara aktiviti yang dikategorikan sebagai pendudukan tidak sah termasuk membina bangunan, membersih, membajak, menggali, mengepung, menanam, memotong atau memindahkan hasil di atas tanah berkenaan.

Johari yang juga menjalankan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkata, ia termasuk memotong atau memindah apa-apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian.

“Bagi menjelaskan takrifan tanah kegunaan awam, pihak berkuasa negeri boleh mewartakan mana-mana tanah kerajaan sebagai tanah bagi maksud awam seperti jalan, sekolah, masjid, taman rekreasi atau tapak pelupusan sampah,” katanya dalam jawapan bertulis pada Selasa.

Beliau menjawab soalan N. Ganabatirau Veraman (PH-Klang) berhubung takrifan ataupun justifikasi untuk menentukan perbezaan di antara pengusaha dan peneroka haram di tanah kegunaan awam.

Johari berkata, istilah pengusaha atau peneroka haram merujuk kepada mana-mana pihak yang menduduki tanah secara tidak sah seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat