Demo “Turun Anwar” tak akan runtuhkan kerajaan – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan blok pembangkang terutamanya Pas selaku penganjur “Himpunan Turun Anwar” bahawa protes dijadual Sabtu ini tidak akan memberi kesan kepada pentadbirannya.

Anwar memberitahu pembangkang takwim pembubaran Parlimen masih panjang lagi, justeru “Turun Anwar” tidak meruntuhkan Kerajaan Madani.

“Sekarang bukan saya nak politikkan, tapi saya tengok apa saja langkah atau nama kadang-kadang Islam Pertubuhan Islam atau Parti Islam itu sanggahan mereka itu sangat tidak langsung pertimbangkan akhlak dan adab. Ini membimbangkan.

“Bukan soal kritikan politik- itu tunggu pilihan raya lebih 2 tahun lagi.

“Jadi “Turun Anwar” itu tak bagi kesan, jangan bimbang,” tegas Anwar ketika berucap di Perhimpunan Kementerian Kewangan di Putrajaya pada Khamis.

Protes “Himpunan Turun Anwar” yang dijadualkan berlangsung pada jam 2 petang di pusat bandar Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini merupakan kemuncak kepada siri demonstrasi kecil yang dianjurkan oleh Pas dan Perikatan Nasional (PN) yang menuntut peletakan jawatan Anwar.

Dijangkakan jumlah peserta sekitar 10,000 hingga 15,000 orang, terdiri daripada gabungan NGO, pelajar dan orang awam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat