PM akan umum lagi ikhtiar untuk rakyat tahun depan

KUALA LUMPUR -Kerajaan akan terus menambah baik ikhtiar menerusi Belanjawan Madani Keempat (2026) Oktober nanti sebagai kesinambungan kepada ikhtiar kita untuk meringankan beban rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejak hari pertama Kerajaan Madani mengemudi pentadbiran negara, beliau tegaskan keutamaannya tidak pernah berubah: rakyat, rakyat dan rakyat.

“Segala dasar, segala keputusan, segala ikhtiar yang kita usahakan semalam, hari ini mahupun esok, semuanya berbalik kepada maslahat rakyat—agar
punyai darjat hidup lebih terjamin, lebih sejahtera, lebih bermaruah.

“Saya yakin, dengan izin Allah SWT, dengan niat dan tekad yang tidak pernah luntur, dan dengan iltizam untuk sentiasa meletakkan rakyat sebagai nadi segala tindakan.

“Ikhtiar yang saya umumkan hari ini sebagai tanda penghargaan kepada rakyat atas kecekalan bersama-sama dalam perjalanan pembaharuan Madani untuk negara serta sebagai bantuan segera bagi tahun 2025,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat