KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sekali lagi diberi amanah untuk terus menggalas tanggungjawab menerajui Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Felda dalam kenyataan berkata, Ahmad Shabery yang menamatkan kontraknya sebagai Pengerusi Felda pada 31 Jun kini dilantik semula untuk jawatan itu.
Menurut Felda, Shabery menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk terus menerajui Felda.
“Pengurusan dan seluruh warga Kumpulan Felda menyambut baik pelantikan semula ini dan yakin bahawa pengalaman, wawasan serta komitmen tinggi.
“Shabery akan terus membawa Kumpulan Felda melangkah lebih jauh seiring dengan hasrat Malaysia Madani,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Sebelum ini, Ahmad Shabery dlantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Julai 2023
Beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen sebelum ini pernah dilantik sebagai Menteri membabitkan beberapa kementerian antaranya Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.



