Penjawat awam milik rakyat, KSN tak perlu panik halang berhimpun

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan awam bukan milik mana-mana pemimpin sebaliknya ia milik rakyat .

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, perkhidmatan awam bukan aparat kerajaan untuk disalah guna.

Justeru tegas beliau, tiada siapa boleh dihalang untuk bergerak dan berhimpun. Malah sesiapa yang melarang atau menghalang tanpa sebab munasabah langgar undang-undang.

“Kesetiaan pada Raja dan Negara. Maknanya penjawat awam pertahan negara dan Perlembagaan.

“Ketua Setiausaha Negara (KSN) harus faham perkara ini. Tidak perlu panik. Perkhidmatan awam milik rakyat bukan mana-mana individu.

“Cuma Perdana Menteri yang dihadapannya dibaca ikrar akan berubah. Tapi kesetiaan masih sama. Raja dan Negara serta undang-undang.Ketua Setiausaha Negara harus faham kerana dia orang lama dalam perkhidmatan. Dari bawah beliau naik ke pangkat tinggi.

“Ya , setia pada Raja dan Negara. Itu ikrarnya. Kerana Perdana Menteri boleh berubah tapi perkhidmatan awam akan kekal jua.

“Maka kalau setia pada Raja dan Negara, masa untuk selamatkan negara adalah pada 26 Julai 2025. Tempatnya Dataran Merdeka. Masanya adalah 2 petang,” kata Rafique dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau yang juga pengamal undang-undang memberitahu, selamatkan negara juga kesetiaan pada raja dan undang-undang.

“Kepada semua penjawat awam, anda rakyat juga seperti kami dan lihat permasalahan yang sama.

“Jumpa disana. #Turun Anwar! seru beliau.

Sebelum itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam agar tidak menyertai sebarang perhimpunan termasuk Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini, 26 Julai.

Ini kerana katanya, penjawat awam tertakluk kepada ikrar yang dilafazkan pada setiap minggu iaitu sentiasa setia kepada raja dan negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat