PM ada kejutan buat semua rakyat, nantikan manfaatnya!

KUALA LUMPUR – Semua lapisan rakyat ini dijangka menerima kejutan yang memberi manfaat besar kepada mereka susulan pengumuman luar biasa kerajaan tidak lama lagi.

Bayangan itu diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sambil berharap orang ramai menunggu pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tunggu pengumuman daripada PM nanti, saya kira memang ada satu kejutan yang memberi manfaat kepada rakyat. Insya-allah semuanya begitu (manfaat untuk semua rakyat),” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran Projek Kepimpinan Perubahan Iklim dan Tenaga Hijau (IKLIM) Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane, lapor MalaysiaGazette pada Khamis.

Isnin lalu, Anwar memaklumkan beliau akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook milik perdana menteri namun tidak dijelaskan secara terperinci dan hanya terdapat tanda pagar ‘Malaysia Madani’ dan ‘Bersama Malaysiaku’.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat