17 ahli Parlimen Backbenchers dilantik Friends of Ministry KDN, penghubung suara rakyat

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melantik 17 ahli Parlimen Backbenchers Kerajaan Perpaduan sebagai “Friends of Ministry” (FOM) bagi kementerian itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu, inisiatif “Friends of Ministry” (FOM) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Madani ini merupakan platform strategik yang meletakkan ahli Parlimen sebagai jambatan komunikasi dua hala antara kementerian dan masyarakat, baik di peringkat akar umbi mahupun di pentas Parlimen.

“Alhamdulillah, hari ini saya berbesar hati menyampaikan Surat Pelantikan kepada Ahli Parlimen Backbenchers Kerajaan Perpaduan yang telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai “Friends of Ministry” (FOM) bagi Kementerian Dalam Negeri.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada 17 Ahli Parlimen tersebut iaitu YB Bera, YB Ledang, YB Kepong, YB Labis, YB Paya Besar, YB Sibu, YB Kota Melaka, YB Jelutong, YB Subang, YB Batu, YB Pekan, YB Sri Aman, YB Baram, YB Lawas, YB Lubok Antu, YB Hulu Langat dan YB Ranau.

“Mereka ini akan berperanan sebagai rakan strategik kementerian yang bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi juga menjadi penghubung yang aktif dan responsif dalam mendengar suara rakyat, serta membawa kembali input yang penting kepada kementerian untuk diteliti dan ditambah baik.

“Saya amat berharap agar platform FOM ini dapat dimanfaatkan secara menyeluruh sebagai ruang libat urus yang lebih sistematik dan berfokus, bukan semata-mata untuk memperkukuh sesi perbahasan di Parlimen, tetapi juga demi menjadikan dasar yang dibentuk benar-benar mencerminkan realiti, suara dan harapan masyarakat,” ujar Saifuddin.

Sementara itu Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan menyambut baik lantikan tersebut, kata beliau pelantikan sebagai ahli Friends of Ministry merupakan satu amanah besar yang akan beliau galas sebaiknya bagi memperkukuh hubungan strategik antara Ahli Parlimen dan Kementerian Dalam Negeri demi manfaat rakyat dan negara.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri dan seluruh warga KDN atas kepercayaan ini.

“Semoga jalinan kerjasama ini dapat memperkasa lagi dasar keselamatan, kesejahteraan awam serta ketenteraman negara,” kata Sany.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat