Nick Adams anti-Palestin – ABIM

KUALA LUMPUR – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang serius pencalonan Nick Adams sebagai Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.

Presiden ABIM Ahmad Fahmi Mohd Samsudin menegaskan, rekod kenyataan dan pendirian Nick Adams yang bersifat ekstrem, anti-Palestin dan menolak prinsip hak asasi manusia sejagat, jelas bertentangan dengan nilai masyarakat majmuk dan dasar luar Malaysia.

“ABIM berpandangan bahawa kedudukan Malaysia sebagai negara yang menjunjung dasar luar berasaskan prinsip Madani memperjuangkan maruah insan, solidariti kemanusiaan dan keamanan sejagat wajar dijaga dengan penuh hemah.

“Oleh itu, kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk meneliti secara kritikal kesan jangka panjang terhadap hubungan dua hala sekiranya pelantikan ini diteruskan,” kata Fahmi.

Beliau mengingatkan, Malaysia berhak menolak mana-mana calon duta yang tidak mencerminkan semangat saling menghormati, selaras dengan Artikel 4 Konvensyen Vienna tentang Perhubungan Diplomatik 1961 (Vienna Convention on Diplomatic Relations, VCDR).

“Ini penting bagi memastikan hubungan diplomatik Malaysia tidak dikaburi oleh unsur yang boleh merosakkan persefahaman bersama dan nilai keadilan antarabangsa yang kita dukung,” kata Fahmi lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat