Saya sayang Malaysia sampai hujung nyawa, negara ini bagi kehidupan selamat dan terjamin – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kepedulian beliau terhadap Malaysia bahkan berikrar menyayangi negara ini sampai hujung nyawanya.

Bekas Perdana Menteri yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 berkata, beliau mendapat banyak manfaat dari negara ini justeru beliau sangat mengambil berat dan peduli akan kesejahteraan Malaysia.

“Saya ditanya kenapa saya terlalu ambil berat tentang apa yang jadi pada negara ini, Malaysia. Maksud mereka, kenapa saya tak bersara sahaja. Saya ni dah tua. Biar orang muda ambil alih.

“Jawapan saya kenapa pula saya tak patut ambil peduli? Saya orang Malaysia dan juga orang Melayu.

“Ini negara saya, saya lahir dan membesar di sini dan saya banyak dapat manfaat daripada negara ni. Tentulah saya ini tak bersyukur kalau saya tak ambil kisah langsung pasal negara yang dah bagi saya kehidupan yang selamat dan terjamin,” katanya.

Negarawan itu mengakui negara ini hebat ditambah pula dengan iklimnya amat baik serta tanah yang subur juga kaya dengan pelbagai hasil galian.

“Bagi saya, ianya menawar pelbagai dan banyak sudahpun tertunai. Ia boleh beri lebih lagi, kalau kita tahu macam mana nak buat.

“Ini negara saya, saya tak ada tempat lain nak pergi.

“Sebab tu saya sayang negara ni dan saya akan sayang sampai hujung nyawa. Itu jawabnya.

“Itu sebab saya tunjuk perasaan ambil berat, secara aktif, terhadap kesejahteraan Malaysia negara saya. Saya tak lupa, bahawa di dunia ini ada orang lain yang tidak ada negara, tak ada tanah yang mereka boleh panggil tanah mereka sendiri,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat