KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani akan membuat lantikan baharu kelak bagi mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Namun jelas Anwar, buat masa ini Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan menjalankan tugas ‘covering’ di Kementerian Ekonomi manakala
Datuk Seri Johari Ghani di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
“Unit Perancangan Ekonomi itu di bawah JPM sehinggalah 2018 kemudian, kita minta Amir Hamzah jalankan tugas dan Johari Ghani jalankan tugas supaya kementerian jalan dengan baik.Tak payah terburu-burulah (lantik menteri baharu).
“Ada yang cakap keliru… dia kata oh tak ada orang ka nak pakai kena ambil orang pemangku, itu tak betul.
“(Mereka hanya) menjalankan tugas. Kalau itu pun ahli Parlimen pembangkang tak faham susahlah.
“Menjalankan tugas ni ‘covering’ sehingga ada pelantikan baru,” jelas Anwar.
Pada 27 Jun lalu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dilantik menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.
Sementara itu, pada 11 Julai Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.



