Rafizi ‘sekadar buat bising’ tapi masih kekal sokongan kepada PM – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebagai figura yang ingin menonjolkan imej berprinsip, adalah janggal apabila Datuk Seri Rafizi Ramli terus mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden partinya atas beberapa kelemahan tadbir urus, namun pada masa sama masih mengekalkan sokongan.

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengkritik sikap Ahli Parlimen Pandan itu menampakkan beliau sekadar ‘membuat bising’ untuk meraih perhatian tanpa keberanian mengambil tindakan konkrit.

“Desakan Rafizi dan kumpulannya supaya sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat isu badan kehakiman sebenarnya rentetan dari kenyataan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) yang terlebih dahulu menyatakan sikap terhadap kemelut kehakiman pada 3 Julai 2025. PN konsisten mendesak Kerajaan Madani agar menjamin kebebasan sistem kehakiman.

“Justeru desakan tidak membawa sebarang makna sekiranya beliau tidak konsisten untuk terus mendesak dan berani meneruskannya dengan menuntut agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, direhatkan sementara menunggu kes saman Yusoff Rawther terhadap PM diselesaikan.

“Malah, Rafizi serta lapan Ahli Parlimen PKR hanya akan dilihat berprinsip jika mereka sanggup menarik balik sokongan terhadap PMX.

“Sebagai figura yang ingin menonjolkan imej berprinsip, adalah janggal apabila Rafizi terus mengkritik PMX yang juga Presiden partinya atas beberapa kelemahan tadbir urus, namun pada masa sama masih mengekalkan sokongan. Sikap ini menampakkan beliau sekadar ‘membuat bising’ untuk meraih perhatian tanpa keberanian mengambil tindakan konkrit,” kritik Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Tuan Ibrahim menegaskan, segala kemelut negara akan lebih mudah diselesaikan dan memberi makna jika semua pihak bersatu dalam satu saf.

“Saya dan rakan-rakan menyokong penubuhan RCI, namun pengalaman lepas menimbulkan keraguan tentang sejauh mana hasil siasatan akan diterima serta dilaksanakan oleh kerajaan; prosesnya juga dijangka mengambil masa.

“Oleh itu kami menyeru semua pihak yang membuat pelbagai bantahan, kritikan terhadap kegagalan PMX dapat bersama dalam himpunan pada 26 Julai nanti.

“Rakyat melihat kesungguhan kita dalam membetulkan pelbagai kegagalan dan berprinsip dalam tindakan,” tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat