- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-100 Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan kesejahteraan dan rahmat buat negarawan itu.
“Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna.
“Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi.
“Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, Insya-Allah,” ucap Anwar.