- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Harga diesel di Semenanjung naik 3 sen kepada RM2.88 seliter bermula esok.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan berkata, harga RON95 dan RON97 pula kekal, iaitu pada RM2.05 dan RM3.18.
Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kadar baharu itu berkuat kuasa hingga 16 Julai ini.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata MOF.