KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jerantut Khairil Nizam Khirudin bertanyakan keadaan Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz selepas mendengar Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengenakan kadar tarif 25 peratus produk Malaysia yang dieksport ke AS bermula 1 Ogos ini.
“Helllooooooo… Tengku Zafrul okay tak tu?
“Berbaloi tak kos lawatan delegasi Malaysia ke Amerika Syarikat dengan pertambahan 1 peratus tarif keatas Malaysia tu? soal wakil rakyat Pas itu.
Presiden AS Donald Trump mengutus dua pucuk surat rasmi kepada pimpinan tertinggi Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi memaklumkan pelaksanaan tarif baharu terhadap semua produk negara ini.
Dalam kenyataan rasmi yang dimuat naik ke platform Truth Social, Trump berkata, pihaknya mengenakan kadar tarif 25 peratus produk Malaysia yang dieksport ke AS bermula 1 Ogos ini.
Pada April lalu, kerajaan berkata perjumpaan dengan pihak Amerika Syarikat untuk berunding mengenai tarif balas sebanyak 24 peratus yang dikenakan terhadap Malaysia pada hujung April ini, bagaimanapun dalam ketetapan baharu selepas rundingan tarif untuk Malaysia ditetapkan 25 peratus.
Susulan itu Khairil Nizam turut bertanya adakah Perdana Menteri akan membuat panggilan video dengan Trump untuk perbincangan tarif.
“PMX taknak video call Presiden AS kee untuk bincang? soalnya.