Selagi kena lalu tangan PM sampai bila pun sistem kehakiman tak benar-benar bebas – Fahmi Reza

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sistem kehakiman hanya akan benar-benar bebas sekiranya kuasa Perdana Menteri dihapuskan dalam proses lantikan hakim kata
aktivis kontroversi Fahmi Reza sebagai reaksi kepada kenyataan Datuk Seri Rafizi Ramli.

Pelukis karikatur itu menggesa ahli-ahli Parlimen meminda Perlembagaan bagi maksud tersebut.

“Oi Rafizi Ramli, sampai bila-bila pun sistem kehakiman kita tak akan benar-benar bebas selagi pelantikan hakim masih kena lalu tangan Perdana Menteri.

“Cabang kehakiman sepatutnya bebas dari campur tangan cabang eksekutif. Tapi sampai sekarang, lepas dah berapa kali tukar kerajaan, individu yang memegang jawatan PM masih ada kuasa besar dalam pelantikan hakim.

“Kepada korang yang bersembang kata, “Sebagai Ahli Parlimen, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk mempertahankan kebebasan institusi kehakiman”….. kalau korang betul-betul serius, sebagai ahli Parlimen korang patut hapuskan kuasa PM dalam proses lantikan hakim. Click undo. Pinda Perlembagaan.

“Biar hakim dilantik secara bebas, bukan atas restu orang politik,” saran beliau.

Fahmi menegaskan, keadilan tak patut dicatur politikus.

Semalam, sembilan Ahli Parlimen PKR menggesa satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkaitan pelantikan Ketua Hakim Negara serta campur tangan dalam institusi kehakiman.

Gesaan itu turut disusuli permohonan rasmi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Hak Asasi Manusia dan Hal Ehwal Perlembagaan agar satu prosiding khas dijalankan berhubung perkara tersebut.

Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, permintaan itu dibuat susulan kebimbangan serius terhadap kebebasan dan integriti institusi kehakiman negara, khususnya selepas beberapa keputusan mahkamah yang mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat