Exco Armada Bersatu terima ancaman bunuh, simbah asid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Exco Armada Bersatu Na’im Brundage menerima ancaman bunuh atau mencederakan beliau dengan perbuatan menyimbah asid oleh seorang individu yang tidak dikenalinya.

Susulan ugutan berkenaan Na’im yang juga Pengarah Jabatan Komunikasi dan Media Baharu Bersatu telah membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Saya telah menerima maklumat mengenai satu ancaman serius terhadap nyawa saya, melibatkan rancangan untuk membunuh atau mencederakan saya dengan perbuatan menyimbah asid oleh seorang individu yang tidak saya kenali.

“Demi melindungi keselamatan diri dan keluarga, saya telah membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Saya menyerahkan perkara ini sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh.

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa ancaman ini bermotifkan politik, memandangkan saya bergiat aktif dalam dunia politik dan lantang menyuarakan pandangan saya secara terbuka di media sosial dan media massa,” dakwanya dalam kenyataan pada Khamis.

Namun begitu, kata Na’im ugutan seperti ini sama sekali tidak akan melunturkan semangatnya untuk terus bersuara demi rakyat.

“… dan saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan sesekali tunduk kepada sebarang bentuk ancaman, tekanan atau intimidasi.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon doa dan sokongan daripada semua, serta menggesa seluruh rakyat Malaysia agar bersatu menolak budaya politik keganasan dan mempertahankan amalan politik yang matang dan berlandaskan undang-undang,” gesa beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat