Johnny Lim lakar sejarah anak Cina pertama sandang pangkat Leftenan Jeneral ATM

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Mejar Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng melakar sejarah apabila menjadi satu-satunya anak kaum Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuatkuasa mulai 26 Mei 2025.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Markas ATM memaklumkan
majlis pemakaian pangkat itu telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan, dekat sini pada Isnin.

Turut hadir menyaksikan, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr. Zulhelmy Ithnain; Panglima Operasi Udara mewakili Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Masro Kaliwon; dan Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Azhan Hj. Md Othman.

Johnny Lim yang berasal dari Melaka telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St Francis pada 1973 hingga 1978 dan kemudiannya di Sekolah Menengah St Francis, Melaka pada 1979 hingga 1983.

Beliau telah mengikuti latihan Pegawai Kadet sebagai Tauliah Jangka Tetap Ke-25 (TJT 25) dan seterusnya menjalani latihan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom pada 1986 dan ditauliahkan ke Rejimen Renjer Diraja (RRD).

Beliau memiliki Ijazah Sarjana daripada Universiti Canberra, Australia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta graduan Kolej Komando dan Kakitangan Tentera Australia.

Figura ini berpengalaman luas dalam bidang pertahanan dan keselamatan negara turut mempunyai kemahiran mengusai bahasa Korea berdasarkan pengalamannya mengikuti pengajian ketenteraan di Korea Selatan serta Sepanyol.

Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah menyandang pelbagai perjawatan penting antaranya sebagai Ketua Jurulatih di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Panglima 31 Briged Infantri, Inspektor Jeneral Tentera Darat dan Ketua Staf Markas Pemerintahan Medan Barat.

“Kenaikan pangkat ini juga menunjukkan peluang yang wujud dalam ATM adalah terbuka dan berdasarkan kecemerlangan semasa di dalam perkhidmatan .

“Ini juga diharapkan dapat menarik minat kaum lain untuk turut sama menceburkan diri dalam kerjaya keramat ini.

“ATM seharusnya dilihat sebagai contoh terbaik konsep ’ Unity in Diversity’ dan menjadi platform utuh di dalam erti kata perpaduan yang sebenarnya, ”kata kenyataan itu. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat