Berlebihan dan Biadap : Ketua AMK Kecam Tindakan Bakar Karikatur PM Anwar di Sabah

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Munim, mengecam tindakan sekumpulan penunjuk perasaan di Sabah yang membakar karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu demonstrasi membantah isu rasuah.

Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, menyifatkan perbuatan itu sebagai biadab, melampau dan langsung tidak mencerminkan semangat protes aman.

“Tindakan ini berlebihan dan biadab, tidak pun boleh dianggap sebagai protes aman, membahayakan diri dan orang awam, gagal memahamkan masyarakat umum apa yang nak disampaikan, dan paling utama, ini tanda kekalahan dalam perlawanan hujah,” katanya dalam satu kenyataan.

“Bakar Karikatur Tidak Selesaikan Isu”

Tambah Kamil, aksi sedemikian tidak membawa sebarang nilai dalam menyelesaikan isu, malah hanya bertujuan mencuri perhatian masyarakat.

“Hujah tak pernah berkesan disampaikan, hanya aksi kosong untuk dilihat berani bagi mencuri perhatian masyarakat. Tidak membantu menyelesaikan isu yang diperjuangkan.”

“Okaylah anda dah berjaya dapat perhatian, sekarang munculkan diri dan berhujahlah dengan bernas.”

Demonstrasi tersebut berlangsung di Kota Kinabalu dari petang semalam hingga jam 11 pagi hari ini. Ia dianjurkan bagi menyuarakan kekecewaan terhadap kegagalan kerajaan menunaikan janji reformasi institusi.

Antara kemuncak protes itu ialah tindakan membakar karikatur Anwar yang tertera frasa: “Madani Pelindung Rasuah Sabah.”

Jurucakap Sekretariat Rakyat Benci Rasuah, Fadhil Kasim, berkata tindakan itu merupakan simbol kritikan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, khususnya berkenaan pelantikan Tan Sri Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Musa sebelum ini berdepan 46 pertuduhan jenayah berkaitan kontrak balak, namun semua pertuduhan digugurkan pada Jun 2020.

Kamil menegaskan pendiriannya bahawa apa jua bentuk pembakaran imej atau karikatur adalah tidak wajar, tanpa mengira siapa individu yang terbabit.

“Muka sesiapa pun (saya tak setuju). Saya secara peribadi menolak pendekatan seperti ini,” katanya, memetik laporan Malaysiakini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat