UMNO Satu-satunya Payung Besar Melayu – Mohd Sharkar

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, menegaskan bahawa usaha mewujudkan satu lagi gabungan besar Melayu seperti yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tidak wajar, kerana UMNO sendiri telah lama memainkan peranan sebagai “payung besar” politik Melayu.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik melalui platform UMNO Online, Mohd Sharkar menyifatkan idea tersebut sebagai isu politik biasa yang bertujuan menarik perhatian masyarakat Melayu.

“Tuan Mahathir ini dah jadi Perdana Menteri 22 tahun. Apa yang berlaku sekarang ni pun adalah kesan daripada beliau menjadi Perdana Menteri dulu,” katanya.

Menurut beliau, cadangan untuk menubuhkan satu lagi gabungan Melayu hanyalah satu ulangan kepada sejarah perpecahan politik Melayu yang telah berlaku sekian lama, terutamanya apabila pemimpin tertentu tidak berpuas hati dalam parti.

“Dulu tak puas hati dalam UMNO, tubuh PKR. Lepas tu tubuh Bersatu. Jadi, sampai bila orang Melayu nak berpecah?” soalnya.

Beliau turut menyeru agar semua pihak Melayu kembali bersatu di bawah payung UMNO yang telah terbukti mentadbir negara selama lebih enam dekad.

“Saya cadangkan semuanya masuk dalam payung besar kita, iaitu payung UMNO. Semuanya kembali kepada UMNO. Maksudnya, kita start from zero,” ujar beliau.

Mohd Sharkar menegaskan, UMNO merupakan platform yang inklusif dan berpengalaman dalam menyatupadukan orang Melayu serta memerintah negara selama lebih 68 tahun dengan banyak jasa kepada rakyat.

“Kalau orang macam Tengku Razaleigh boleh berlapang dada, boleh terima hakikat bahawa kita nak orang Melayu bersatu bawah satu payung – masuk payung UMNO,” katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Mohd Sharkar juga mengkritik sikap pembangkang yang menurutnya hanya menyokong mana-mana pihak yang menentang UMNO.

“Pas memang pembangkang. Siapa saja yang membangkang UMNO, Barisan Nasional dia akan sokong. Itu memang sifat dia,” katanya.

Beliau turut mengimbau zaman lampau ketika Tun Mahathir sendiri pernah menyatukan kembali parti serpihan seperti Semangat 46 ke dalam UMNO dan menyeru agar semangat yang sama diteruskan hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat