KPWKM laksana Wanita GIG@BIT, perkasakan wanita dalam ekonomi & teknologi digital

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan melaksanakan Program Wanita Gig and Business In Technology (Wanita GIG@BIT) bagi memperkasakan wanita dalam ekonomi dan teknologi digital.

Menterinya, Dato’ Sri Hjh. Nancy Shukri berkata untuk meningkatkan peluang dan penyertaan wanita dalam ekonomi, kementerian memfokuskan penyediaan akses kepada latihan dan pembangunan kapasiti (upskilling dan reskilling) melalui Program Wanita GIG@BIT, Program Kemahiran Penjanaan Pendapatan (KIRANA), Program Iron Women dan Program Wanita Bangkit Bersasar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Wanita GIG@BIT di Hotel M Resort dekat sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff; Ketua Pengarah JPW, Hanani Sapit; dan Ketua Pegawai Kewangan, Maxis Berhad, Jennifer Wong Chui Fen,

Menurut Nancy program ini merupakan satu inisiatif JPW bagi membuka peluang ekonomi digital kepada wanita dari pelbagai latar belakang, mengurangkan jurang gender dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)dan seterusnya menyokong pembangunan negara secara inklusif.

Katanya, isu berkaitan wanita dan STEM telah mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.

Menurut laporan dari World Economic Forum (WEF) Global Gender Gap 2024 mendapati STEM merupakan bidang yang paling cepat berkembang namun hanya 29 peratus (%) wanita terlibat dalam bidang ini, dan 2 % wanita telah mendapat pembiayaan modal start up dalam teknologi.

“Melalui program ini juga JPW telah merancang pelaksanaan program sampingan dengan rakan-rakan strategik di sepanjang tahun ini seperti eKelas Usahawan @JPW, Program Pemerkasaan Graduan STEM Ke Alam Pekerjaan, Bengkel Fotografi dan Video Digital

“Selain itu, Program Kesedaran Asas Generatif Ai dan Keselamatan Siber dengan kerjasama antara Maxis Berhad, Canon Marketing Malaysia, Mereka Academy dan Pertubuhan Persekutuan Wanita Antarabangsa dan Industri Perdagangan Malaysia (IWFCIM), ”katanya lagi.

Tambahnya, menjadi harapan KPWKM agar Wanita GIG@BIT ini akan dapat memberikan manfaat dalam usaha untuk mencapai sasaran bagi meningkatkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita dalam bidang digital dan seterusnya memperkasakan wanita di negara ini.

Dalam pada itu, KPWKM turut melancarkan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025-2030 yang merupakan satu inisiatif menyeluruh dan memerlukan penglibatan semua pihak bagi mencipta ekosistem yang lebih adil, inklusif, dan berdaya saing.- SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat