SPRM mungkin perlu sebulan atau 2 bulan selesaikan siasatan Tan Sri seleweng dana lebuh raya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengambil masa antara satu atau dua bulan lagi bagi menyelesaikan siasatan membabitkan seorang Tan Sri berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, tempoh masa tersebut diperlukan bagi membolehkan pasukan penyiasat SPRM mendapatkan maklumat lengkap.

Menurut beliau, pihaknya memerlukan masa bagi menganalisa segala dokumen yang diperoleh daripada saksi.

“Sehingga kini, seramai 53 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes ini. Dijangkakan lebih ramai saksi akan dipanggil bagi diambil keterangan.

“Rakaman percakapan daripada individu bergelar Tan Sri juga akan disambung hari ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-Undang Bertauliah SPRM Kali Kedua Tahun 2025, di Bangi lapor MalaysiaGazette pada Khamis.

Terdahulu media melaporkan, proses merakam keterangan seorang individu bergelar Tan Sri berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang kini memasuki hari kedua hari ini.

Sejak semalam, dua pegawai penyiasat SPRM telah merakam keterangan individu itu yang mengambil masa kira-kira selama enam jam bermula pukul 9 pagi sehingga 3 petang.

Azam dilapor berkata, Tan Sri berkenaan merupakan saksi utama dalam siasatan kes terbabit dengan 52 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat