Kerajaan PN akan pacu Malaysia jadi negara berpendapatan tinggi – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Membebaskan rakyat Malaysia daripada perangkap berpendapatan sederhana dan membawa negara ke tahap berpendapatan tinggi akan membentuk teras dasar ekonomi kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin pendekatan itu akan berasaskan keadilan untuk memastikan kemakmuran bersama.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PN dan Timbalan Presiden Bersatu itu berkata pendekatan itu akan berasaskan keadilan untuk memastikan kemakmuran bersama.

“Berikutan keadaan ekonomi kita sekarang, Malaysia tidak lagi boleh leka,” katanya di Institut ISEAS-Yusof Ishak di Singapura lapor FMT pada Khamis.

“Sudah tiba masanya untuk kita memulihkan ekonomi, dan bergerak ke hadapan dengan lebih bijak, lebih pantas dan lebih saksama,” katanya.

Hamzah berkata bagi Malaysia, ekonomi yang cergas dan dinamik masih boleh dicapai ‘jika kita mempunyai kemahuan dan keupayaan untuk reformasi struktur’.

Hamzah berkata rakyat Malaysia juga perlu mentakrifkan semula keutamaan negara, mengamalkan disiplin fiskal yang bertanggungjawab dan mengembangkan asas hasil dengan cara yang mampan dan strategik.

Ahli Parlimen Larut itu berkata Malaysia mesti dapat mencapai keseimbangan antara perbelanjaan pembangunan dan peruntukan kebajikan untuk melindungi kumpulan rentan.

“Fokus kita mesti beralih kepada pelaburan berimpak tinggi dan pembinaan kapasiti dalam pendidikan, pemerkasaan wanita dan belia, infrastruktur digital dan kemahiran teknikal – untuk menyediakan negara kita untuk masa depan.”

Beliau berkata PN akan memastikan disiplin fiskal untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada hutang.

“Ini memerlukan pembaharuan dalam sistem cukai untuk kecekapan yang lebih tinggi, menghapuskan ketirisan dan pembaziran dan memperkemas perkhidmatan kerajaan melalui pendigitalan sambil mengurangkan kerenah birokrasi,” katanya.

Hamzah berkata untuk mengembangkan asas hasil, kerajaan perlu memanfaatkan sumber kekayaan baharu dan mampan seperti tenaga boleh diperbaharui dan mineral kritikal seperti nadir bumi sambil meningkatkan rantaian bekalan global, terutamanya dalam semikonduktor, untuk memperoleh peluang nilai tambah yang lebih tinggi.

Bagi menjadikannya sebagai insentif untuk meningkatkan produktiviti katanya, langkah berani akan diperkenalkan untuk memacu keluaran ekonomi, meningkatkan daya saing negara dan menjana pendapatan dan hasil cukai yang lebih tinggi.

Bekas menteri itu berkata untuk menarik pelaburan berkualiti dan menjadikan Malaysia berdaya saing di peringkat global, langkah akan diambil untuk meningkatkan ketelusan dan kecekapan bagi meningkatkan keyakinan pelabur.

Beliau berkata PN akan menjadikan keutamaan untuk mengembalikan Malaysia ke 10 teratas dalam ranking ‘Kemudahan Menjalankan Perniagaan’ dengan memudahkan pelesenan, mengurangkan masa kelulusan dan secara agresif memerangi rasuah. Negara telah jatuh ke tempat ke-12 dalam ranking.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat