Apa salahnya ulang “cash is king” jika wang disalur buat rakyat miskin – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Kalau Najib nak ulang “cash is king”, apa masalahnya sekiranya wang itu disalur terus kepada rakyat miskin yang memerlukan? soal Datuk Seri Najib Razak sebagai maklum balas kepada kritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib di Facebooknya menegaskan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan sogokan politik ia dasar pengagihan semula kekayaan negara secara langsung kepada golongan B40 dan M40 tanpa kira agama, bangsa, lokasi atau kecenderungan politik.

“Tidak perlu melalui lapisan birokrasi, tidak perlu tunggu projek mega yang entah bila nak siap. Dapat terus ke tangan ibu tunggal, nelayan, pekebun kecil, peniaga pasar malam dan pada masa sama ianya bantu menaikkan ekonomi tempatan terutamanya di luar bandar itu kezaliman atau keadilan?

“Maknanya, di bawah Najib, kerajaan bukan saja mampu bantu lebih ramai rakyat dengan jumlah bantuan yang lebih besar, malah lakukan semua itu tanpa merosakkan kewangan negara.

“Jadi, jelas bukan satu masalah pun untuk kerajaan Najib waktu itu semakin mengagihkan lebih banyak kekayaan negara kepada rakyat melalui “cash is king” iaitu peningkatan BR1M,” jelasnya.

Mengulas lanjut, ironinya, selepas kutuk BR1M sebagai “dedak” dan “cash is king”, kerajaan-kerajaan selepas Najib termasuk zaman Tun Mahathir sendiri masa PH 1.0 teruskan juga bentuk bantuan tunai BR1M ini.

“Tukar nama sahaja: Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatan Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR)… Tapi prinsip tetap sama bagi wang kepada golongan Rakyat yang paling memerlukan.

“Malah sampai sekarang, ramai masih panggilnya BR1M walau apa pun nama baru yang kerajaan tukar.

“Najib dituduh beri wang kepada rakyat untuk meraih sokongan, tapi pemimpin yang tuduh itu pun buat benda sama.

“Realitinya, bantuan tunai bersasar adalah cara paling telus dan efisien untuk membantu rakyat. Kerana pengurusan ekonomi yang cekap, jumlah BR1M dan bilangan penerimanya meningkat hampir 4 kali ganda dalam tempoh 6 tahun daripada RM500 pada 2012 ketika ianya diperkenalkan Najib kepada RM2,000 pada 2018.

“Pada masa yang sama defisit fiskal kerajaan turun 8 tahun berturut-turut tanpa menaikkan kadar cukai atau memperkenalkan pelbagai cukai-cukai baharu selain menggantikan cukai SST 10 peratus+6 peratus dengan GST 6 peratus,” katanya.

Semalam Dr Mahathir berkata, beliau mengakui bahawa ia sesuatu yang amat ‘membimbangkan’ buat Malaysia jika Najib dilantik semula sebagai Perdana Menteri.

“Jika Najib Razak boleh menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, maka kita tidak sepatutnya terkejut lagi dengan apa-apa yang berlaku dalam dunia politik.

“Apabila seseorang yang pernah menyatakan bahawa ‘cash is king’ kembali memimpin negara, itu adalah sesuatu yang amat membimbangkan.

“Jika beliau benar-benar ingin kembali memimpin, seharusnya beliau tampil memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan dan bukan dengan cara menggunakan wang untuk membeli sokongan, meminjam atau mencuri demi kuasa,” katanya.

Ujarnya, beliau mahu rak­yat Malaysia juga sedar bahawa kepimpinan ‘cash is king’ tidak boleh terus diterima lagi di negara ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat