HONOR 400 Pro, Gabungan kuasa Kamera dan AI menakjubkan

- Advertisement -

HONOR sekali lagi menggemparkan dunia teknologi dengan pelancaran peranti terbaharunya yang mendefinisikan semula standard fotografi mudah alih. HONOR 400 Pro bukan sekadar telefon pintar; ia adalah satu platform kreatif yang dilengkapi sistem kamera bertaraf flagship serta kuasa kecerdasan buatan (AI) yang tidak tertandingi dalam kelasnya.

Apa yang menjadikan HONOR 400 Pro begitu luar biasa? Ia bermula dengan keupayaan kameranya yang luar dari kebiasaan. Kamera utama 200MP yang dilengkapi penstabil imej optikal (OIS) dan elektronik (EIS), bersama sensor bersaiz 1/1.4 inci, memastikan setiap gambar yang dirakam mempunyai tahap kejelasan dan ketepatan yang luar biasa — walaupun dalam suasana yang gelap dan mencabar. Sensor ini lebih besar dan lebih berkuasa daripada generasi sebelumnya, sekaligus memberikan kelebihan ketara dari segi pengumpulan cahaya dan perincian imej.

Selain kamera utama, pengguna juga akan mendapat manfaat daripada kamera telefoto 50MP yang menyokong zum dari 15x hingga 50x. Gabungan teknologi OIS dan EIS pada kamera ini membolehkan rakaman jarak jauh dilakukan dengan lebih stabil dan jelas, tanpa kesan kabur yang sering berlaku dalam zum digital biasa. Ini menjadikan HONOR 400 Pro alat ideal untuk fotografi landskap, potret jarak jauh, mahupun rakaman subjek dari kejauhan dengan hasil yang tetap memukau.

masjid Besi Putrajaya

Tambahan pula, kamera ultra lebar dan makro 12MP membolehkan pengguna merakam sudut pandang yang lebih luas atau mendekati subjek kecil dengan ketepatan dan perincian tinggi. Sama ada untuk menangkap panorama yang indah atau butiran objek halus seperti bunga dan tekstur, hasil gambarnya tetap kelihatan profesional.

Beralih ke kamera hadapan, HONOR 400 Pro tidak mengecewakan. Dengan resolusi 50MP dan bantuan algoritma potret AI, setiap swafoto kelihatan semula jadi, terang dan penuh karakter. Ia memberi pengalaman fotografi hadapan yang bersifat peribadi, ideal untuk pengguna yang gemar berkongsi momen di media sosial dengan gaya tersendiri.

gambar peniaga di pasar malam

Walau bagaimanapun, kekuatan sebenar HONOR 400 Pro tidak hanya terletak pada perkakasan. Peranti ini benar-benar menyerlah apabila digabungkan dengan inovasi AI Imaging yang canggih. Kini, pengguna tidak lagi memerlukan pelbagai aplikasi penyuntingan pihak ketiga. Segala fungsi penyuntingan gambar profesional kini tersedia terus di dalam telefon, dan semuanya hanya mengambil beberapa sentuhan mudah.

Sebagai contoh, ciri utama yang menjadi sorotan ialah AI Image to Video. Dengan hanya satu gambar, pengguna boleh menjana video pendek yang penuh dengan pergerakan dan emosi. Ciri ini amat berguna untuk mencipta kandungan dinamik, mengenang kembali detik-detik istimewa, atau sekadar bermain dengan kreativiti. Ia bukan sahaja pantas, malah cukup mudah digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa kemahiran penyuntingan profesional.

AI Image to video

Bukan itu sahaja. Fungsi AI Eraser 2.0 membolehkan pengguna memadam objek yang tidak diingini dalam latar belakang, manakala AI Cutout memudahkan proses menukar latar belakang foto. Jika anda ingin mencipta ilusi seperti terapung di udara, dikejar dinosaur, atau berada dalam dunia berbeza, kombinasi AI Cutout dan Image to Video mampu menjadikan imaginasi itu satu realiti.

Dalam masa yang sama, AI Outpainting memberi kuasa untuk meluaskan imej secara artistik dengan menambah ruang dan elemen baharu di luar bingkai asal. Ini amat berguna untuk mencipta mood sinematik atau latar belakang dramatik. Sementara itu, AI Upscale membantu meningkatkan kualiti gambar lama atau kabur dengan menaik taraf resolusinya. Ciri ini sangat sesuai untuk menghidupkan semula kenangan lama dengan cara moden dan menyentuh hati.

Gambar telah diedit mengunakan AI Outpanting dan Ai Eraser

Untuk mereka yang sukakan sesuatu yang berbeza, Harcourt Studio 2.0 membawa pengalaman potret bergaya studio klasik Perancis. Ia menawarkan kesan pencahayaan dan rona hitam putih yang ikonik, menjadikan setiap potret kelihatan elegan dan abadi.

Bagi yang gemarkan sentuhan peribadi, Moving Photo Collage membolehkan anda mencipta kolaj gambar dengan elemen animasi, sesuatu yang belum pernah ditawarkan oleh telefon pintar sebelum ini. Sama ada untuk dikongsi di media sosial atau sekadar simpanan peribadi, ciri ini menghidupkan semula album digital anda.

Kesemua fungsi ini bukan sahaja menyeronokkan, malah praktikal. Ia menjadikan HONOR 400 Pro sebagai peranti serba boleh — sesuai untuk pengguna kasual, pencipta kandungan digital, atau mereka yang menghargai nilai seni dalam fotografi moden.

Menambahkan lagi keterujaan, perasmian rasmi HONOR 400 Pro dijadualkan berlangsung pada 22 Mei ini, di mana semua spesifikasi penuh dan ciri tambahan akan diumumkan secara terbuka. Ini menandakan satu langkah besar dalam revolusi teknologi mudah alih di Malaysia, dan pastinya dinantikan ramai. Saksikan live perasmian Honor di media sosial rasmi HONOR Malaysia.

Akhir sekali, HONOR 400 Pro membuktikan bahawa fotografi mudah alih tidak lagi terhad kepada klik dan kongsi. Dengan gabungan sistem kamera berkuasa dan teknologi AI generasi baharu, peranti ini membuka ruang tanpa batas untuk kreativiti dan ekspresi visual. Ia bukan sekadar telefon, ia adalah sebuah studio kreatif dalam genggaman tangan.

#NextGenAIImaging #HONOR400Series #HONORMalaysia

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat