Semakan Tawaran Tingkatan Enam Dibuka Mulai 19 Mei – KPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR,- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 bagi tahun 2025 boleh dibuat mulai 19 Mei 2025 menerusi laman sesawang rasmi https://sst6.moe.gov.my atau melalui sekolah asal masing-masing.

Pelajar yang tidak menerima tawaran diberi peluang untuk mengemukakan rayuan mulai 19 hingga 25 Mei 2025. Keputusan rayuan boleh disemak pada 3 Jun 2025 menerusi saluran yang sama.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, KPM turut memperkenalkan Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam buat julung kalinya, hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Program rintis itu akan dilaksanakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan dua bidang pengajian ditawarkan, iaitu Sains dan Sains Sosial.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang memenuhi syarat dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam boleh memohon menyertai program tersebut dalam tempoh yang sama, iaitu dari 19 hingga 25 Mei 2025. Keputusan permohonan akan turut diumumkan pada 3 Jun 2025.

Semua murid yang menerima tawaran ke Tingkatan Enam dikehendaki melapor diri pada 10 Jun 2025 di Pusat Tingkatan Enam seperti dinyatakan dalam surat tawaran masing-masing.

Langkah memperkenalkan program Tingkatan Enam di universiti ini dilihat sebagai satu inisiatif untuk memperkukuh laluan akademik prauniversiti, di samping memperluas akses kepada persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan berdaya saing.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat