Kemasukan Percuma ke 19 Muzium Sempena Hari Muzium Antarabangsa 18 Mei 2025

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Orang ramai berpeluang mengunjungi 19 muzium di seluruh negara secara percuma sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa yang diraikan pada 18 Mei 2025.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Datuk Kamarul Baharin A. Kasim, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha mendekatkan masyarakat dengan institusi muzium sebagai pusat komuniti yang aktif dan inklusif.

“Muzium tidak hanya menjadi tempat menyimpan artifak, tetapi berperanan sebagai ruang pembelajaran, interaksi sosial dan pemeliharaan warisan dalam komuniti yang sentiasa berubah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Senarai muzium yang terlibat termasuk:

• Muzium Negara, Muzium Muzik, Muzium Tekstil Negara, Muzium Etnologi Dunia Melayu dan Muzium Seni Kraf Orang Asli di Kuala Lumpur

• Muzium Automobil Nasional di Sepang

• Muzium Lukut dan Muzium Adat di Negeri Sembilan

• Muzium Perak dan Muzium Matang di Perak

• Muzium Sungai Lembing di Pahang

• Muzium Kota Kayang di Perli

• Muzium Kota Kuala Kedah dan Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Kedah

• Muzium Kota Johor Lama di Johor

• Muzium Seni Bina Malaysia di Melaka

• Muzium Labuan, Muzium Marin Labuan dan Muzium Chimney di Wilayah Persekutuan Labuan

Tema sambutan tahun ini, “Masa Depan Muzium Dalam Komuniti Yang Berubah Pantas”, menekankan peranan muzium dalam memupuk kefahaman sejarah, identiti budaya dan pembangunan komuniti secara berterusan.

JMM menggalakkan orang ramai memanfaatkan peluang ini untuk mendekati warisan negara serta menyemai semangat cintakan sejarah dan budaya tempatan.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi www.jmm.gov.my.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat