Tragedi FRU kehilangan besar buat negara – Menteri KDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemergian lapan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) yang maut dalam insiden di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan hari ini disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesemua mangsa telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam menjaga keselamatan rakyat.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa dan anggota pasukan keselamatan yang terkesan dengan kejadian ini.

“Pemergian mereka adalah satu kehilangan besar buat negara, kerana mereka telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Saifuddin turut mendoakan agar dosa mangsa diampunkan selain roh mereka ditempatkan bersama yang beriman selain dianugerahkan pahala untuk segala jasa wira terbabit kepada negara.

Terdahulu, media melaporkan sekurang-kurangnya lapam anggota FRU maut selepas trak dinaiki bertembung lori muatan batu di Jalan Sungai Lampam, Teluk Intan pagi tadi.

Difahamkan, kenderaan membawa 15 anggota FRU termasuk penumpang dan pemandu itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas kawalan Op Chariot di Teluk Intan, semalam.

Kegagalan fungsi stereng sebuah lori pasir menjadi punca nahas yang mengorbankan sembilan orang termasuk lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus–Sungai Lampam di Teluk Intan pada Selasa.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata, maklumat mengenai kejadian itu diterima pada jam 8.51 pagi dan melibatkan sebuah lori pasukan yang membawa 18 anggota dengan sebuah lori muatan pasir.

“Lori FRU Unit 5 tersebut dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai penugasan sempena perayaan Chitrapournami di Teluk Intan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan pasukan telah dirempuh dari hadapan oleh lori pasir terbabit yang dipercayai mengalami kegagalan fungsi stereng,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat