Anwar Ibrahim Adakan Lawatan Rasmi ke Rusia Mulai Esok

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memulakan lawatan rasmi ke Rusia bermula esok hingga 16 Mei, atas jemputan Presiden Vladimir Putin.

Menurut setiausaha akhbar kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, lawatan itu akan melibatkan dua lokasi utama — Moscow dari 13 hingga 15 Mei, dan Kazan, ibu negeri Republik Tatarstan, pada 15 dan 16 Mei.

Sepanjang lawatan, Anwar dijangka menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa Kazan (KazanForum) ke-16 selepas menerima jemputan daripada Rais Republik Tatarstan, TYT Rustam Minnikhanov.

“Perdana Menteri juga akan menyampaikan ucapan di Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO), selain mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan Rusia serta diaspora Malaysia di Moscow,” katanya dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Di Kazan, Anwar akan menyampaikan ucaptama dalam sesi plenari forum tersebut dan turut mengadakan pertemuan rasmi dengan kepimpinan Tatarstan.

Kunjungan ini menandakan lawatan kedua Anwar ke Rusia dalam tempoh kurang setahun, selepas lawatan kerja dua hari ke negara itu pada September tahun lalu, di mana beliau juga telah mengadakan pertemuan dengan Putin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat