KUALA Lumpur – Pakatan Harapan (PH) Sabah yakin kestabilan politik di Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah serta hubungan Persekutuan-negeri yang harmoni dan baik perlu dikekalkan dan diperkasakan.
Ini bagi memastikan aspirasi penubuhan Persekutuan Malaysia dan masa depan rakyat Sabah dapat dijayakan.
“PH Sabah terbuka untuk memupuk perpaduan dan kerjasama dengan parti-parti lain dan berpandangan kerjasama parti politik ini haruslah berpandukan kepada membangunkan polisi-polisi yang berorientasikan kepentingan rakyat dan masa depan Sabah.
Dalam kenyataan bersama parti komponen PH Sabah pada Jumaat, PH dan Barisan Nasional (BN) merupakan gabungan tunjang kepada Kerajaan Persekutuan hari ini bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta beberapa parti yang lain.
“lanya rasional untuk kedua-dua gabungan ini bekerjasama dalam pilihan raya termasuk terbuka untuk perbincangan dengan parti-parti lain yang mendukung perpaduan dan kerjasama dalam membangunkan Persekutuan Malaysia,” katanya.
Kenyataan sebulat suara itu ditandatangani Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick; Pengerusi DAP Sabah Datuk Phoong Jin Zhe; Pengerusi PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud; Pengerusi Amanah Sabah Lahirul Latigu.