Didakwa terkait rasuah PanBorneo Sabah, Menteri Kerja Raya lapor polis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membuat laporan polis berhubung dakwaan mengaitkan namanya dalam skandal rasuah melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (WP35) yang dipercayai tersebar menerusi dalam aplikasi Telegram.

Alexander menafikan mesej berkenaan yang mengandungi tuduhan secara langsung terhadap dirinya sebagai seorang menteri dengan dakwaan yang bersifat fitnah, tidak berasas dan berniat jahat.

“Sebagai seorang ahli politik dan anggota pentadbiran kerajaan yang sentiasa menjunjung amanah serta komited menjaga kepentingan rakyat dan negara, tuduhan ini bukan sahaja menjatuhkan imej dan integriti saya, malah turut mencemar reputasi Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan Malaysia secara keseluruhan.

“Lebih membimbangkan, mesej tersebut bukan sahaja tersebar di Telegram, tetapi turut dikongsikan di pelbagai platform media sosial, sekali gus menimbulkan persepsi negatif dan prasangka dalam kalangan masyarakat.

“Sehubungan itu, saya melalui Setiausaha Sulit Kanan saya, telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Tun H.S. Lee semalam bagi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini serta meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini dengan segera,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, beliau akan memberikan komitmen penuh untuk bekerjasama dalam apa jua bentuk bagi membantu siasatan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah itu.

“Saya ingin menegaskan bahawa fitnah tidak boleh menjadi alat untuk menjatuhkan reputasi mana-mana individu, lebih-lebih lagi demi kepentingan politik atau agenda peribadi,” kata Ahli Parlimen Kapit itu lagi.

Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkannya dengan skandal rasuah bernilai RM1.3 bilion melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat