Anwar minta Petronas dan Sarawak bertenang, tunggu beliau pulang dari London

- Advertisement -

KUALA LUMPUR,– Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meminta semua pihak agar tidak memanaskan isu membabitkan hubungan antara PETRONAS dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), sementara proses rundingan dengan kerajaan Sarawak sedang berlangsung.

Menurut Anwar, beliau telah berbincang dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung perkara itu, berpandukan prinsip yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Sekembalinya Premier dari lawatan rasmi ke London, United Kingdom kelak, kami akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar tiada mana-mana pihak membuat sebarang tindakan mahupun kenyataan yang boleh mengganggu proses perbincangan.

“Atas dasar kepentingan bersama, semua pihak harus menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan sebarang kenyataan,” tegas beliau.

Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa isu ini dapat diselesaikan secara berhemah, menerusi dialog yang sihat dan bermakna.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa isu ini dapat dirungkai dengan berhemah dengan berdiri teguh di jalur wacana yang sihat dan bermakna, Insya-Allah,” katanya.

Kerajaan Sarawak sebelum ini terus memperkukuh peranan Petros sebagai pemain utama dalam pengurusan sumber minyak dan gas negeri, termasuk rundingan komersial dengan PETRONAS selaras dengan semangat dan hak negeri yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat