Yayasan Keluarga Malaysia rai anak-anak cemerlang SPM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) meneruskan tradisi ziarah kasih sempena Program Hadiah Kecemerlangan SPM 2024 bagi meraikan kejayaan anak-anak yang meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumumkan pada 24 April lalu.

Keputusan SPM 2024 menyaksikan lonjakan luar biasa bagi pencapaian keseluruhan anak-anak Yayasan Keluarga Malaysia berbanding SPM 2023.

Seramai enam anak-anak YKM mencatat keputusan 6A ke atas daripada keseluruhan 36 anak-anak YKM yang menduduki peperiksaan SPM 2024.

Pengerusi YKM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut menziarahi keluarga tersebut berkata pencapaian Isma Daniel dan 5 orang lagi anak-anak YKM dalam SPM 2024 adalah satu pencapaian yang amat membanggakan.

    “Alhamdulillah, kejayaan mereka ini merupakan bukti bahawa bantuan yang disalurkan oleh YKM adalah selaras dengan visi dan misi YKM iaitu memastikan pendidikan anak-anak ini terus terbela.

    “Sering saya tegaskan bahawa pendidikan sahaja yang mampu mengubah nasib diri sendiri dan keluarga. Harapan saya agar kejayaan yang telah diperolehi ini bakal menjadi batu loncatan kepada semua anak YKM untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak.” kata Ismail Sabri.

    Beliau turut menyampaikan Hadiah Kecemerlangan SPM 2024 kepada Isma Daniel termasuk barang keperluan asas dan peralatan elektrik seperti periuk nasi dan periuk elektrik serba guna (multi-functional electric frying pan).

    Antara enam pelajar tersebut ialah Isma Daniel Khairul Syakirin SMK Sungai Kapar Indah (10A) ; Alia Batrisya Abu Hassan MRSM Balik Pulau (9A); Irene Hung Xin Yi SMK Bandar Sibu (9A) ; Mohamad Affiq Danish Mohd Nasir MRSM Kuantan (7A); Wan Nur Aisyah Insyirah Wan Mohd Norhisham SMJK Tanah Puteh (7A) dan Nur Najma Najihah Sarkawi SMKA Tun Ahmad Zaidi (6A).

    Anak-anak YKM yang cemerlang dalam SPM 2024 akan menerima bantuan hadiah kecemerlangan dan akan disalurkan terus ke akaun bank penerima masing-masing.

    author avatar
    Janatul Firdaus Yaacob
    -- Iklan --
    -- Iklan --

    Related Articles

    Stay Connected

    474,121FansLike
    25,100FollowersFollow
    230,282FollowersFollow
    27,197FollowersFollow
    15,189SubscribersSubscribe

    Topik Hangat