UK Larang Eksport Konsol Permainan: Elak Rusia guna Kawal Dron Perang

- Advertisement -

LONDON – Kerajaan United Kingdom telah mengharamkan eksport alat kawalan permainan video ke Rusia, berikutan kebimbangan ia boleh diguna semula untuk mengawal dron yang digunakan dalam serangan ke atas Ukraine.

Larangan ini merupakan sebahagian daripada pakej sekatan perdagangan yang merangkumi kira-kira 150 barangan, diumumkan oleh Pejabat Luar Negeri UK pada hari Khamis.

Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini turut melaksanakan larangan serupa terhadap konsol permainan dan joystick awal tahun ini.

Barangan teknologi lain yang berkaitan dengan sektor pertahanan dan tenaga juga tidak lagi dibenarkan dieksport ke Rusia, termasuk perisian yang digunakan untuk mencari telaga minyak dan gas baharu.

Sekatan turut dikenakan ke atas eksport bahan kimia, elektronik, jentera dan logam – langkah yang bertujuan untuk mengehadkan keupayaan ketenteraan Rusia.

Ini termasuk litar elektronik dan komponen lain yang boleh digunakan dalam sistem senjata.

“Konsol permainan tidak akan lagi dipergunakan untuk membunuh di Ukraine,” kata Menteri Pejabat Luar Negeri UK, Stephen Doughty.

Beliau menambah:

“Putin menyangka beliau boleh menggunakan pasaran UK untuk mengukuhkan usaha perangnya, membeli barangan yang kelihatan tidak berbahaya lalu mengubahnya menjadi alat pembunuh – namun UK kini bertindak menentang perdagangan licik ini.”

“Langkah hari ini akan menyekat perdagangan haram Rusia dan menyekat akses Putin kepada barangan yang amat diperlukan untuk meneruskan perang kejamnya.”

Beliau turut menyatakan bahawa menghentikan aliran pendapatan tenaga Rusia akan melemahkan dana peperangan Kremlin, serta menjejaskan keupayaan militari Rusia melalui sekatan eksport ke atas teknologi yang digunakan dalam penghasilan senjata.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada sekatan lebih luas oleh Amerika Syarikat, UK dan EU terhadap Rusia sebagai tindak balas kepada pencerobohan ke atas Ukraine yang bermula pada tahun 2022.

Sekatan adalah hukuman yang dikenakan oleh sesebuah negara terhadap negara lain untuk menghentikan tindakan agresif atau pencabulan undang-undang antarabangsa.

Dalam pada itu, UK turut mengutuk serangan peluru berpandu Rusia ke atas Kyiv yang membunuh sembilan orang dan mencederakan puluhan yang lain pada malam Khamis – sehari selepas pegawai dari Ukraine, AS, UK dan Eropah bertemu di London bagi membincangkan usaha ke arah gencatan senjata.

Menteri Luar UK, David Lammy, menulis di platform X:

“Sewaktu menteri-menteri Ukraine berada di London bagi mencari jalan damai, Rusia pimpinan Putin pula menyerang rakyat Ukraine.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat