Armada PUO Lahirkan Generasi Celik Orator

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

IPOH – Lebih 40 fasilitator pelajar dan pensyarah dari Politeknik Ungku Omar (PUO) turun padang bagi merealisasikan program khidmat masyarakat berimpak yang dianjurkan oleh Kelab Orator Armada Sujana dengan kerjasama Jabatan Pengajian Am, PUO dekat sini, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan PUO berkata bertemakan ‘Armada Memberi: Inisiatif Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Dalam Membudayakan Generasi Celik Orator’ program ini dilaksanakan dalam dua siri menyasarkan pelajar dan komuniti asnaf bagi membudayakan pengucapan awam, dan melahirkan generasi muda yang berani bersuara serta berketrampilan.

Pensyarah Penasihat Kelab Orator Armada Sujana PUO, Muhammad Zaki Yahaya berkata inisiatif ini mula dilaksanakan sejak 2023, diteruskan secara berperingkat sebagai salah satu usaha kelestarian tanggungjawab sosial yang bukan sahaja memperkasa kemahiran insaniah pelajar, malah menyebar manfaat kepada masyarakat umum.

“Kami percaya bahawa generasi muda perlu diberikan ruang dan latihan untuk menjadi pemimpin pemikiran masa hadapan.

“Melalui program seperti ini bukan sahaja membuka jalan kepada pengucapan awam, malah memupuk nilai empati, dan kepimpinan serta semangat kesukarelawanan.

“Pelbagai program pemerkasaan seumpamanya telah dilaksanakan, antaranya Webinar Debat-Debate: Tak Kenal Tak Cinta Projek CSR dalam Pembudayaan Generasi Celik Orator yang boleh ditonton secara percuma di platform YouTube, serta Program Armada Mendunia: Serlahkan Potensimu sedang giat dijalankan, ”katanya lagi.

“Selain menerapkan pemerkasaan kebolehan dan keberanian bertutur, program ini juga mengaplikasikan konsep design thinking, dilihat mampu melahirkan generasi masa hadapan yang lebih kreatif, inovatif dan berempati terhadap apa yang berlaku di persekitaran mereka.

“Siri pertama melibatkan lebih 100 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan, Ipoh dengan kerjasama penganjuran oleh Panitia Bahasa di sekolah terbabit.

“Peserta didedahkan dengan asas seni orator dan aktiviti peningkatan keyakinan diri yang interaktif yang dilihat mampu menyuntik keyakinan serta jati diri mereka untuk tampil lebih yakin di khalayak,”tambahnya.

“Manakala siri kedua pula menyantuni lebih 40 penghuni dari Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam, Ipoh.

“Turut disampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM1,000 serta barangan makanan asas hasil kutipan daripada warga serta ahli keluarga Jabatan Pengajian Am PUO, selain
para penghuni turut menerima duit raya sebagai simbol semangat Syawal yang turut dikongsi bersama.

“Program ini mencerminkan komitmen PUO dan Kelab Orator ARMADA SUJANA dalam menjayakan tanggungjawab sosial serta menyokong pembangunan modal insan yang holistik dan berwibawa, ”tambahnya lagi.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat