Zahid Tegas MRSM Bukan Agenda Politik, Komited Hapuskan Buli

- Advertisement -

Lenggong – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa penubuhan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bukanlah berlandaskan kepentingan politik atau sentimen perkauman, sebaliknya merupakan satu agenda nasional untuk memastikan anak-anak bumiputera tidak tercicir dalam bidang akademik dan pembangunan sahsiah diri.

Kenyataan itu dibuat dalam hantaran Facebook rasmi beliau ketika program Wacana Inspirasi Bersama Warga MRSM Lenggong, yang turut dihadiri isteri beliau sempena sambutan Aidilfitri di institusi berkenaan.

“Saya turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga MRSM Lenggong, khususnya anak-anak pelajar yang saya anggap seperti anak sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menekankan bahawa MRSM harus kekal sebagai institusi pendidikan berkualiti tinggi yang selamat dan kondusif untuk perkembangan pelajar.

Beliau juga menzahirkan komitmen tegas membanteras budaya buli dalam kalangan pelajar MRSM dan menyatakan sokongan terhadap pendekatan “You Touch, You Go” yang diperkenalkan oleh Pengerusi MARA.

“Tiada kompromi! Saya juga setuju dengan pendekatan ‘You Touch, You Go’ yang dibawa oleh Pengerusi MARA,” tegas beliau.

Zahid turut menyuarakan harapan agar MRSM terus menjadi medan melahirkan barisan pemimpin masa depan negara, termasuk bakal Perdana Menteri Malaysia.

“Saya turut menyimpan hasrat, insya-Allah suatu hari nanti, Perdana Menteri Malaysia akan lahir daripada kalangan anak-anak MRSM.”

Beliau menyatakan keyakinan penuh bahawa MRSM dan seluruh Institusi Pendidikan MARA (IPMA) akan terus melahirkan generasi cemerlang dari segi ilmu, akhlak, dan sumbangan kepada negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat