MCMC sumbang hampir 1000 peranti mudah alih kepada mangsa tragedi Putra Height

- Advertisement -

CYBERJAYA, 13 April 2025 — Sejumlah 37 mahasiswa institusi pengajian tinggi yang kehilangan harta benda akibat insiden kebakaran di Putra Heights telah
menerima kemudahan berupa komputer riba daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu memudahkan urusan pembelajaran dan komunikasi.

MCMC akan turut menyediakan peranti telefon bimbit kepada ketua isi rumah yang terlibat serta komputer riba kepada sekolah-sekolah yang terkesan di
sekitar Putra Heights.

Pemberian kemudahan ini akan disampaikan secara berperingkat dalam tempoh yang terdekat.

Secara keseluruhannya, MCMC akan mengagih sejumlah 302 unit komputer riba (37 unit kepada mahasiswa dan 265 unit kepada sekolah) serta 620 unit telefon bimbit kepada setiap isi rumah yang terkesan.

Pemberian tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin bin Shari dalam satu majlis ringkas baru-baru ini semasa lawatan beliau bersama wakil Kementerian Komunikasi dan MCMC ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (Infrastruktur Telekomunikasi), Encik Mano Verabathran.

MCMC berharap inisiatif ini dapat mengurangkan beban mangsa khususnya dalam urusan pembelajaran, perkhidmatan dalam talian serta perhubungan
komunikasi yang penting terutamanya dalam situasi ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat