“Lumrah Cinta”: Sebuah Lagu, Sebuah Penantian, Sebuah Takdir

- Advertisement -

Cyberjaya, 12 April 2025 – Tidak semua lagu dicipta untuk terus dilancarkan. Ada yang terhasil dalam satu malam, ada pula yang memerlukan masa bertahun-tahun untuk benar-benar ‘hidup’. Begitulah kisah Lumrah Cinta, sebuah lagu ciptaan Syamel dan Aepul Roza, yang akhirnya bertemu takdirnya setelah tujuh tahun menanti — melalui suara penyanyi muda berbakat, Puteri Khareeza.

Diterbitkan oleh Alternate Records, Lumrah Cinta adalah balada yang membawa kisah hati yang pernah hancur, tetapi tetap yakin membuka ruang untuk cinta baharu. Dengan sentuhan baharu dari segi lirik dan susunan muzik, lagu ini kini tampil lebih matang dan menyentuh emosi, seolah-olah dilahirkan semula dalam bentuk yang lebih sempurna.

Menurut Aepul Roza, melodi asal lagu ini sebenarnya telah dicipta oleh Syamel tujuh tahun lalu. Namun, proses pembikinannya seakan tertangguh sehinggalah mereka menemui penyanyi yang sesuai untuk membawa jiwa lagu ini. “Apabila kami mendengar suara Puteri Khareeza, terus rasa macam – ‘inilah yang kami cari selama ini’. Gabungan suara dan penghayatan dia betul-betul hidupkan lagu ni,” ujar Aepul.

Bagi Puteri Khareeza pula, peluang menyampaikan lagu yang sudah lama disimpan ini adalah satu penghargaan yang besar. “Saya tahu lagu ini sangat dekat di hati Syamel dan Aepul, jadi saya rasa bertanggungjawab untuk beri yang terbaik. Lagu ini sangat mencabar dari segi emosi dan vokal, tapi mereka berdua banyak bantu saya dari awal hingga akhir rakaman,” katanya.

Lebih menarik, rakaman lagu ini hanya mengambil masa dua jam — satu petunjuk betapa serasinya kolaborasi ini. Malah, Khareeza turut mengakui bahawa versi demo yang dirakam oleh Syamel sendiri memberi cabaran besar untuk menyamai emosi asal lagu itu.

Daripada sebuah demo yang ‘tertidur’ selama tujuh tahun, kini Lumrah Cinta bersedia menawan hati pendengar, menjadi peneman setia buat sesiapa yang pernah terluka atau sedang mencari keberanian untuk mencintai semula.

Lumrah Cinta kini boleh didengari di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube Music. Untuk info terkini tentang Alternate Records & Talents, ikuti mereka di Facebook, Instagram (@alternate.my_), dan TikTok (@alternate.rt_).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat