SK Bidor 2 Jadi Lokasi Pertama Kempen Internet Selamat 2025

- Advertisement -

BIDOR, – Sekolah Kebangsaan (SK) Bidor 2 di Perak menjadi lokasi pertama pelaksanaan Kempen Internet Selamat 2025 yang dilancarkan oleh Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), hari ini.

Kempen yang menyasarkan 10,246 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dalam talian serta melindungi pengguna, khususnya kanak-kanak, daripada ancaman siber.

Antara modul yang diketengahkan termasuk had umur penggunaan media sosial, larangan terhadap pemilikan akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 13 tahun, serta risiko buli siber, eksploitasi seksual dalam talian dan ucapan kebencian.

Program turut melibatkan pelajar, guru, ibu bapa dan komuniti sekolah, termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dengan pendekatan berbeza mengikut kumpulan umur dan peranan masing-masing.

Majlis pelancaran menyaksikan pelantikan pelajar sebagai Ikon Internet Selamat serta penyerahan modul ‘Internet Selamat’ oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, Mohd Azlan Helmi, kepada Guru Besar SK Bidor 2, Siti Saripah Undar.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi, Mano Verabathran dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC, Bukhari Yahya.

Kempen ini merupakan sebahagian usaha Kerajaan MADANI dalam memastikan persekitaran digital yang selamat dan sihat untuk semua lapisan masyarakat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat