Mahkamah akan bebaskan Najib jika ada bukti kukuh, bukan sentimen – bekas Peguam Negara

- Advertisement -

Mahkamah akan bebaskan Najib jika ada bukti kukuh, bukan sentimen – bekas Peguam Negara

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak masih ada peluang untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan menyeleweng wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan mengemukakan bukti yang kukuh apabila beliau memberi keterangan bersumpah pada 2 Disember ini.

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman berkata, namun ia bergantung pada bukti yang akan dikemukakan sama ada benar atau sekadar dongeng.

“Ini adalah peluang bagi Najib untuk menyampaikan keterangan dan mempertahankan dirinya jika beliau merasakan ada fakta yang boleh menyokong kedudukannya.

“Tindakan selanjutnya bergantung kepada kekuatan bukti pihak pembela yang perlu ditunjukkan secara kukuh,” lapor Utusan.

Beliau berkata, bukti yang dikemukakan mestilah komprehensif bagi menyanggah dakwaan pihak pendakwa.

“Bagi mahkamah, keutamaan tetap pada bukti, bukan sentimen,” katanya.

Namun, beliau menekankan pentingnya setiap keputusan dibuat secara berhati-hati kerana ia akan menjadi penentu kepada perjalanan kes tersebut.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin mengarahkan bekas Perdana Menteri itu membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap empat tuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.dakwaan yang dihadapinya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat