HONOR X9c 5G Kini Sedia Ditempah Hanya RM9, Hadiah Early Bird Bernilai RM1,486 dan Peluang Pulangan Tunai RM1,500 Menanti Anda!

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2024 – HONOR Malaysia membawa berita baik kepada peminat teknologi dengan pengumuman rasmi pelancaran telefon pintar terbaru, HONOR X9c 5G, yang dijadualkan pada 5 November 2024. Peminat yang ingin menyaksikan peranti ini secara langsung boleh menonton pelancaran di laman Facebook HONOR Malaysia pada jam 7 malam. HONOR X9c 5G dikhabarkan menampilkan pelbagai penambahbaikan dari segi ketahanan, prestasi, dan ciri pintar yang bakal mengukuhkan kedudukannya sebagai “Raja Tahan Lasak” dalam industri telefon pintar.

Tawaran Istimewa Tempahan HONOR X9c 5G: Hanya RM9!
Bagi yang tidak sabar menantikan pelancaran HONOR X9c 5G, HONOR Malaysia menawarkan peluang eksklusif melalui tempahan awal Early Bird Special. Dengan bayaran deposit serendah RM9, pelanggan awal berpeluang menikmati hadiah istimewa bernilai RM1,486 dan menikmati rebat segera sebanyak RM99 selepas pembayaran penuh dibuat. Tempahan awal ini sah sehingga 4 November 2024 pada jam 3 petang. Setiap pembelian dalam tempoh ini juga disertakan dengan Pelan Jaminan Tiga Tahap yang meliputi penggantian skrin dan bateri, serta jam tangan HONOR Choice Haylou secara percuma.

Cabutan Bertuah: Pulangan Tunai RM1,500 & Hadiah Istimewa!
HONOR Malaysia menambah lagi keseronokan tempahan awal dengan menawarkan cabutan bertuah bagi pembeli Early Bird Special. Sebanyak 10 pemenang bertuah akan menerima pulangan tunai sebanyak RM1,500, manakala 300 pemenang lain bakal memenangi pembersih robot HONOR Choice R2 yang setiap satu bernilai RM1,299. Pemenang cabutan bertuah ini akan diumumkan pada 29 November 2024.

Enam Peningkatan Utama HONOR X9c 5G Berbanding Model Sebelumnya
HONOR X9c 5G merupakan peranti yang dibina bagi meneruskan kejayaan HONOR X9b 5G, menampilkan enam peningkatan utama yang memperkukuhkan ciri ketahanan, prestasi, dan kepintaran teknologi.

1. Ketahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh
HONOR X9c 5G kini menawarkan Perlindungan Tiga Tahap Ultra Kukuh yang mampu menahan impak jatuhan sehingga 2 meter, lebih baik berbanding model sebelumnya yang hanya bertahan pada ketinggian 1.6 meter. Reka bentuk unik lengkung Bézier menambah perlindungan 3D di seluruh peranti, termasuk kaca super kukuh bagi melindungi kamera belakang dan skrin daripada calar.

2. Kapasiti Bateri Terbesar dan Pengecasan Pantas
Dengan bateri karbon silikon terbesar dalam industri, HONOR X9c 5G dijangka memberikan tempoh penggunaan yang lebih panjang dan pengecasan lebih cepat, memastikan pengguna kekal berhubung tanpa kebimbangan.

3. Paparan Keselesaan Mata
Paparan HONOR X9c 5G dilengkapi dengan teknologi keselesaan mata yang mengurangkan keletihan mata. Ia juga mampu mencapai kecerahan puncak HDR, memastikan pengguna menikmati visual yang jelas dalam pelbagai pencahayaan, sambil meminimakan kerlipan skrin untuk kualiti tidur yang lebih baik.

4. Kamera Ultra-sensing 108MP Dikuasakan AI
Kamera utama HONOR X9c 5G telah dinaik taraf dengan 108MP dan dilengkapi teknologi Optical Image Stabilization (OIS), memastikan hasil gambar yang lebih stabil dan jelas dalam pelbagai situasi.

5. Sistem Pembesar Suara Berkembar Berkuasa
Dengan pembesar suara berkembar, HONOR X9c 5G memberikan pengalaman audio imersif dengan volum maksimum sehingga 300% lebih kuat, menjadikan peranti ini sesuai untuk hiburan multimedia.

6. Kepintaran Magic AI yang Meningkat
HONOR X9c 5G kini dilengkapi ciri Magic AI, yang dulunya hanya terdapat pada peranti flagship, membolehkan pengguna menikmati pengalaman yang lebih intuitif dan responsif dalam penggunaan harian.

 

Pelan Jaminan Tiga Tahap untuk Perlindungan Menyeluruh
Pelanggan HONOR X9c 5G juga akan menikmati Jaminan Tiga Tahap Pertama dalam industri, yang termasuk perlindungan penggantian skrin selama 365 hari, penggantian bateri percuma sehingga 36 bulan, dan polisi penggantian satu sama satu untuk kerosakan dalam tempoh 180 hari. Ini memberikan ketenangan kepada pengguna dan menetapkan standard baru dalam industri.

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR X9c 5G atau untuk membuat tempahan, layari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia atau ikuti kemas kini di laman Facebook mereka. https://www.honor.com/my

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat