Najib minta maaf bukan raih simpati tapi berjiwa besar – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Permohonan maaf secara terbuka yang dibuat Datuk Seri Najib Razak kepada seluruh rakyat Malaysia bukanlah bertujuan meraih simpati.

Sebaliknya, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkaan pemohonan maaf Najib itu satu tindakan berjiwa besar.

“Kenyataan beliau yang secara terbuka memohon maaf kepada rakyat Malaysia bukanlah satu kenyataan meraih simpati, tetapi adalah satu tindakan berjiwa besar.

“Sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan atas kesalahan yang beliau percaya sebenarnya tidak dilakukan dan setelah diperdaya oleh mereka yang mengambil kesempatan,” ujar Wan Rosdy dalam kenyataannya malam ini.

Mengulas lanjut, Menteri Besar Pahang itu memberitahu beliau telah meneliti kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Najib bertarikh 24 Oktober 2024.

“Justeru, saya dapat merasakan bahawa kenyataan tersebut telah dibuat dengan suci hati serta lahir dari sanubari beliau yang ikhlas.

“Saya berpandangan bahawa kenyataan media tersebut juga menjelaskan betapa Najib sepanjang menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu, sentiasa memikirkan hanya yang terbaik untuk rakyat, sehingga ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas keprihatinan beliau untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Saya juga berdoa dan berharap agar Najib dibebaskan dan keadilan yang sebenar dapat ditegakkan dengan membawa dalang kes 1MDB ke muka pengadilan,” kata Wan Rosdy lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat