Peruntukan SPRM ditambah RM360 juta pada 2025, tegas perangi rasuah – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peningkatan peruntukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada RM360 juta pada 2025 berbanding RM338 juta disediakan bagi tahun 2024.

“Sejak mengemudi negara, semua tahu ketegasan saya dalam soal memerangi rasuah kerana rasuah ialah barah senyap yang menjatuhkan moral rakyat dan keyakinan pelabur.

“Tidak guna ditetapkan hala tuju ekonomi dan pelbagai dasar jika pelaksanaan masih di takuk lama melibatkan salah guna kuasa, seleweng dana dan mengkayakan kelompok sendiri.

“Masa depan negara bergantung kepada kejayaan kita membanteras rasuah,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, SPRM diberi kebebasan penuh menyiasat dan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.

“Angka menunjukkan peningkatan lebih 20 peratus tangkapan dan kertas siasatan dibuka pada 2023, ketimbang (berbanding) sebelumnya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat