Kerajaan sasar RM340 bilion kutipan hasil tahun 2025

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan menjangkakan kutipan hasil bagi 2025 terus meningkat kepada RM340 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi 2024, kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi kepada RM322 bilion berbanding RM308 bilion.

“Kita bersyukur peningkatan hasil yang nyata. Kendatipun begitu, asas hasil masih rendah, malah antara terendah sementara perbelanjaan subsidi memuncak ke paras tertinggi di rantau Asia.

“Untuk menangani kemelut ini, asas hasil perlu diperluas,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat