Pemuda Umno bawa suara rakyat bukan pengadu domba – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keutamaan Pemuda Umno adalah membawa suara rakyat bukannya suara pengadu domba yang mengundang kepada pecah belah.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan, sayap itu akan konsisten membawa suara rakyat tanpa rasa takut.

“Pemuda Umno kekal konsisten membawa suara rakyat tanpa rasa takut dulu, kini dan Insya-Allah selamanya.

“Keutamaan kami adalah suara rakyat dan bukannya suara pengadu domba yang suka melihat kita berpecah belah.

“Pemuda kekal rileks dengan cara kita,” ujar Adun Merlimau itu.

Dalam pada itu, Akmal juga menyatakan fungsi dan peranan Pemuda Umno adalah meluruskan yang tempang dan memperbaiki kepincangan.

“Terima kasih Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) kerana membenarkan Pemuda UMNO kini terus berjuang dan berkarya untuk membawa semangat pemuda dulu,kini dan Insya-Allah selamanya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat