Pembangkang sepakat tolak Mou peruntukan, anggap kongkong kebebasan – Hamzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menolak cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkaitan peruntukan kepada ahli Parlimen blok pembangkang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan kesepakatan penolakan berasaskan empat sebab fundamental.

Jelas Hamzah, deraf MoU yang dikemukakan kerajaan itu dinilai mengongkong kebebasan.

“Deraf MoU ini turut mengandungi perkara-perkara yang dilihat mengongkong kebebasan bersuara ahli Parlimen, sedangkan setiap ahli Parlimen mempunyai hak dan imuniti untuk bersuara bagi pihak rakyat mengikut Akta 347 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

“Sehubungan itu, PN mahu memperingatkan pihak kerajaan kepada manifesto Pakatan Harapan (PH) , yang berjanji menyediakan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) secara sama rata kepada semua ahli Parlimen tanpa mengira parti dan rakyat sedang menilai apa sudah jadi dengan janji-janji tersebut,” pesan Hamzah dalam kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut Hamzah berkata, PN telah menerima dua set deraf cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada ahli Parlimen PN, iaitu di antara Kerajaan Malaysia dan parti PN serta di antara Kerajaan Malaysia dengan kesemua ahli Parlimen PN.

“Kami membuat ketetapan sebulat suara menolak MoU tersebut atas empat sebab fundamental. Ia jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yakni, beberapa syarat yang dikenakan dalam MoU ini dikhuatiri boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Selain itu, ia juga bertentangan nilai budaya, moral dan agama. Deraf MoU tersebut mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, nilai budaya, nilai moral, agama serta nilai-nilai tempatan.

“Deraf MoU tersebut juga tidak mempunyai satu mekanisme yang jelas dan keadaan ini boleh membuka ruang kepada berlakunya apa-apa pelanggaran, mungkir janji atau ketidakpatuhan secara ex-parte,” jelas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat